Wednesday, January 06, 2010

Tahun Baru 2010

Tahun baru ini ada beberapa perubahan berlaku. Sofea berjaya memasuki tingkatan 1 sekolah Maahad Muhammadi Kota Bharu. Setakat ini tiada masalah di sekolah tersebut. Setelah 3 hari dia telefon bagitau semuanya baik. Suara tersekat-sekat(sedih) sebab tak biasa berjauhan dengan keluarga. Nak biasakan diri dengan tempat baru dan rakan baru mungkin ambil masa sikit.

Nadiah dilantik menjadi pengawas sekolah. Dulu dia jadi pengawas perpustakaan. Tahun ni juga Nadiah akan menduduki pepriksaan UPSR dan SPPM. Athirah juga dilantik sebagai pengawas. Agak terkejut juga sebab dia kecik dan baru masuk darjah 4 . Abdullah pula bertukat tempat belajar dari Taski Nur Iman ke Taski Anak Soleh. Jaraknya lagi dekat dengan rumah( lorong sama). Tahun ni Abdullah dah dalam tahun 6. Penekanan perlu diberi supaya dia dapat membaca dan menulis sebelum masuk darjah 1.

Ditahun baru ini diharap semuanya akan bertambah baik dari segi amalan, kesihatan, dan pencapaian dalam kehidupan. Amin.

No comments: