Friday, December 12, 2008

Minggu Exam & Raya Haji

5-10 Dis 2008 balik kampung sempena Raya Korban. Tahun ni kawe ambil 1 bhg korban sbb org rumah dah buat korban di Kemboja. Hari Sabtu ada majlis perkahwinan anak sedara di rumah mek kawe. Buat sederhana sahaja tapi ramai juga yang datang. Masa nak akad nikah hujan lebat turun. Sebab khemah lecah tempat makan dipindah ke ruang kedai.
Balik Kuantan dengan bas sebab famili masih kat kampung. Kawe berkejar ke stesen bas PP sebab dah pukul 4.00 ptg, tapi bas tak datang lagi. Sebab nak cepat kawe tertinggal telefon bimbit. Sebab bas x dtg lagi, kawe cakap ke kaunter tiket nak naik di Jertih dan bolehla kawe balik ambil tel. Sampai di Jertih, bas masih belum sampai dan petugas di kaunter bagi tau yang bas agak lambat mungkin dalam pukul 6.00 ptg baru sampai.
Setelah menunggu bas sampai kul 7.10 mlm.Di stesen bas sana kawe jumpa kawan lama yang dok kuantan.

No comments: