Friday, December 12, 2008

Minggu Exam & Raya Haji

5-10 Dis 2008 balik kampung sempena Raya Korban. Tahun ni kawe ambil 1 bhg korban sbb org rumah dah buat korban di Kemboja. Hari Sabtu ada majlis perkahwinan anak sedara di rumah mek kawe. Buat sederhana sahaja tapi ramai juga yang datang. Masa nak akad nikah hujan lebat turun. Sebab khemah lecah tempat makan dipindah ke ruang kedai.
Balik Kuantan dengan bas sebab famili masih kat kampung. Kawe berkejar ke stesen bas PP sebab dah pukul 4.00 ptg, tapi bas tak datang lagi. Sebab nak cepat kawe tertinggal telefon bimbit. Sebab bas x dtg lagi, kawe cakap ke kaunter tiket nak naik di Jertih dan bolehla kawe balik ambil tel. Sampai di Jertih, bas masih belum sampai dan petugas di kaunter bagi tau yang bas agak lambat mungkin dalam pukul 6.00 ptg baru sampai.
Setelah menunggu bas sampai kul 7.10 mlm.Di stesen bas sana kawe jumpa kawan lama yang dok kuantan.

Wednesday, December 03, 2008

Minggu Exam

Minggu ni kawe sibuk di unit exam. Persediaan kertas soalan dan memantau perjalanan pep. akhir sesi julai 2008. Diharapkan tiada apa-apa masalah yang timbul semasa peperiksaan dijalankan. Semua paper sudah siap diriso kecuali paper baikpulih komputer yang masih belum hantar riso.
Weekend last week kawe pergi jemput org rumah balik dari Hong Kong. Dapat percutian percuma hasil dari perniagaan MLM.Kawe dapat sebuah telefon NOKIA N95(RM250).opp!!Nokla la..Pendrive pun murah dan ada sampai 300 GB.Lepas tu bawa anak-anak mandi di KLCC. Tidur rumah P. Dik semalam.

Sunday, November 16, 2008

Streamyx & Temuduga

Sekarang, rumahku dah ada streamyx. Daftar sebelum raya puasa(akhir sept) dapat servis pd awal nov setelah 3 kali pergi ke TMNET.

Pada 13 Nov pergi temuduga keenaikan pangkat PPPT DH48 di KPTM, Putrajaya. Proses temuduga macam sembang sahaja.Tak tau lah macammana, orang kata ini adalah 0ne-off. Kalau ada rezeki dapatlah, tapi kemungkinan kena pindah dan kena jadi KJ. Besar tanggungjawab tu.

Minggu ni dah start penyediaan kertas soalan pep. akhir. Yang rumitnya kena translate ke dalam BI. PPJ mungkin agak pening sedikit tapi sebab arahan, kena buat juga. Sebagai ketua PPJ JKE, aku tanggungjawab ini berat juga.

Selain itu aku juga dilantik sebagai pemantau PB di bhg JKA. Dah audit 2 pensyarah dan ada 4 pensyarah lagi perlu jumpa. Jumaat ni kena buat laporan.

Wednesday, August 27, 2008

Hilang?

Malam tadi terima wang kutipan surau dari Cikgu Razak. Setelah mengira, wang itu disimpan dalam almari. Tetapi pagi tadi isteri bagitau duit kutipan tersebut tidak mencukupi. Puas sudah aku cari tapi tidak ada.Hairan sungguh kerana aku dan cikgu Razak dah bilang/kira semalam. lepas tu aku pi main pingpong. Adakah aku tersilap letak atau anak kecil yang ambil? Pengajaran disini adalah aku mesti hati-hati/simpan di tempat yang selamat.

Hari ini aku hantar borang permohonan pemangkuan/kenaikan pangkat DH48. Yang masih sangkut ialah PTK3. Walaupun telah ulang bulan jul 08 lalu tapi result belum keluar lagi. Jadi masih pakai result lama jul 07-iaitu III,II(overall II). Buat masa ini pangkat bukanlah keutamaan dan rasanya masih belum berminat. Mengikut kiraan Thean, sekiranya naik pangkat gaji akan bertambah sebanyak RM840.00. Jumlahnya agak banyak juga tapi memandangkan beban kerja dan penempatan(ditukar?)menyebabkan aku kena fikir banyak kali.

Monday, August 04, 2008

Kursus OSH-CPCM

Hadir kursus CPCM-OSH di PSAA Tanjong Malim Perak 29 jul-1 Ogos 2008. Tumpang kereta Khamsan bersama dengan Azhar. Staff polisas seramai 8 org dari 20 peserta.
Hari ini puasa bulan syaaban-2 syaaban(Isnin)walaupun tidak sahur semalam.Hantar salinan IC & slip gaji untuk potongan Takaful(NUTP). Dapat surat untuk ishtihar harta. Kali terakhir buat perishtiharan harta ialah pada Ogos 2003.

Friday, July 25, 2008

Time wait fo no man. It is already july 2008. 40 more days will be Ramadhan. This Rejab (till 22 rejab) I fast for 2 days only. Look back what had happened this year:
1) Portfolio change- became ketua potfolio exam JKE
2) Room change-moved to B101 bilik ketua2 potfolio.
3) Retake PTK3 because last result were 3-2.

This morning feel uncomfortabe cause wife housing loan still unsettle -negligence?, people driving manner, Dewan TBP electricity problem-no p'pong. After office my family and I will go to KL to my sister in law's house for tahlil. Tok Mek & Su Jarah will join us for the trip.

Sunday, July 20, 2008

Kunming, China

Tempat lawatan kami tahun lepas adalah bandar Kunming, China. Ini adalah hadiah dari bisnes kami(sebenarnya bisnes isteri saya). Percutian selama 5 hari ini penuh dengan program yang telah diatur oleh syarikat pakej percutian. Antara programnya adalah seperti berikut;

3 Jun 2008
-Bertolak dari KLIA ke Bangkok(transit) dan dari Bangkok ke Kunming yang mengambil masa selama 5 jam.
- Tiba di Kunming kami di menaiki bas ke Hotel .....
- makan malam di restoran muslim Aladdin

4 Jun 2008
- Dragon Cave
-Cable car
-Tea Shop
- Melawat sekitar bandar Kunming

5 Jun 2008
- Melawat Stone Forest di wilayah Yunnan
- Melawat Limestone Cave

6 Jun 2008
- Melawat Daguan Park
- Kilang/Kedai sutera
- Etnic Village

7 Jun 2008
- Membeli-belah di pasar bunga
- perjalanan balik ke Malaysia

Saturday, January 12, 2008

Hong Kong & Shenzen

Minggu lepas org rumah gi ke HK selama 5 hari, hadiah jualan MLM.Anak-anak doh di rumah K.yu dan kawe dok kuantan sorang-sorang sb. masih kerja. Sana banyak tempat shopping dan murah pulak tu(shenzen). Kawe dapat sebiji tel nokia(nokla)N95 rega RM250 je..,tapi ok juga. pendrive pun murah ada sampai 300GB tapi harga baru RM20.

Kawe gi ambik famili di KL dengan drive sendiri melalui jalan lama Ktn-KL yang makan masa lebih kurang 3 setengah jam.Di KL gi rumah P. Ngah & P.dik(tidor satu malam). lepas tu pergi ke KLCC bawa anak-anak mandi. Ni dah 3 kali kawe gi Kl dalam masa 3 minggu. Yang pertama menghadiri temuduga DH48, kedua hantar org rumah ke HK & ketiga pergi ambik pulak.