Sedar tak sedar dah masuk hari ke 21 berpuasa. Fasa ketiga puasa bermula dimana fasa terakhir ini terdapat satu malam yang istimewa iaitu lailatul qadar. Perlu memperbanyakkan ibadah, zikir, solat sunat, baca quran kerana ganjarannya bersamaan dengan seribu bulan.
Setakat ini aku dah masuk juz ke 25. Tekad untuk khatam dalam bulan puasa ini. Tadarrus bersama rakan surau dah lama khatam iaitu hari ke 12 ramadan lagi. Aku join malam saja, dia orang yang pencen buat malam dan lepas subuh. Sebab tu le cepat. Zakat fitrah dah bayar kepada Azhar semalam sebanyak RM 49 untuk tujuh orang.
Semalam berbuka dan bertarawih di Sek. al-Irsyad. Sekali-sekala seronok juga berbuka di luar. Setakat hari ini baru dua kali berbuka di luar. Satu tempat lagi selain Irsyad ialah di Permata Camar sempena Majlis Berbuka bersama anak-anak yatim yang di anjurkan oleh CEO proton Datuk Syed Najmudin. Sumbangan yang diberikan oleh pihak penganjur agak besar juga. Ia melibatkan penduduk miskin/kurang upaya yang berhampiran, anak-anak yatim, murid-murid sekolah disekitar yang memerlukan bantuan dan sebagainya.