Laptop yang dibeli oleh isteriku 4-5 tahun yang lalu rosak disebabkan petir. Ketika itu plug kabel masih terpasang dan kabel internet/streamyx masih disambung. Setelah hantar laptop ke kedai komputer kawan, kemungkinan ia tidak dapat diselamatkan lagi atau kos baikpulih yang tinggi. Nampak gayanya kena beli laptop baru tapi persiapan menyambut syawal perlu dibuat juga. Bajet tu ada sebab dapat gaji baru memangku DH48 + tunggakan (gaji kasar bulan ini kurang lebih RM8000).
Wednesday, August 26, 2009
Laptop

Saturday, August 08, 2009
Kemalangan
Hari Sabtu, anak sulung ada kelas tambahan di Sek. Irsyad. Hari ini selepas habis kelas, aku menjemputnya pulang dengan menaiki kereta kancil. Pada satu selekoh dekat surau/rumahku keretaku bertembung dengan lori simen. Bumber & bonet keretaku rosak. Nasib baik aku dan anakku tak apa-apa. Pemandu lori tersebut meminta maaf dan mengakui kesalahannya. Dia sanggup membayar kos membaiki kerosakan keretaku.Kereta dihantar ke bengkel berdekatan di kg soi. Kos membaiki dianggarkan RM1200. Aku perlu juga mengecat semula kereta kancil tersebut supaya tidak ketara antara cat baru & lama. Kos tambahan untuk cat adalah RM800.
Walau bagaimanapun aku masih bersyukur kerana tiada sesiapa yang cedera dalam kemalangan tersebut. Wang ringgit boleh dicari tapi kesihatan dan nyawa tidak boleh dibeli. Sikap pemandu lori tersebut memang baik. Tiada pertengkaran atara kami dan kami dapat selesaikan masalah itu dengan baik.
Subscribe to:
Comments (Atom)