Friday, November 20, 2009

UPSR 2009

Semalam keputusan upsr diumumkan. Syukur kerana anakku yang sulung telah mendapat 4A 1B dan 10A 3B dalam SPPM. Pencapaian Sekolah Al-Irsyad meningkat dengan 17 pelajar mendapat 5A(UPSR) dan 8 pelajar mendapat 13A(SPPM). Dikatakan antara sepuluh terbaik di daerah ini.

Mengalir juga airmata Sofiah kerana tidak mendapat 5A. Tapi 5A bukanlah segala-galanya. Ini hanyalah permulaan. Banyak lagi peperiksaan-pepriksaan yang akan dihadapi. Apa yang penting usaha telahpun dibuat dan keputusannya ditangan yang Esa. Sekarang masa untuk memohon untuk menyambung pelajaran ke tingkatan satu dan pilihan adalah sekolah agama juga. Setelah Temuduga di Sekolah Agama Ehsan, Kuantan, permohonan Sofiah telah diterima. Cuma menunggu keputusan dari sekolah-sekolah lain seperti SMA Maahad Muhammadi, Sek. Men Agama al-maarif dan sek tahfiz pahang.

Thursday, October 29, 2009

HRMIS, E-SIS , CIDOS


Minggu ini banyak benda yang perlu di laksanakan. Di tempat kerja sistem maklumat baru diperkenalkan dan perlu dikemaskini. Sistem e-sis, HRMIS dan CIDOS perlu di update untuk tujuan tertentu. Borang HRMIS punyalah panjang sampai 13 mukasurat dan perlu di isi dan hamtar selewat-lewatnyabesok.
Isteri pula akan ke KL untuk lawatan pelajar. Walaupun hanya sehari, kerja rumah perlu diurus juga. Nak kejutkan anak-anak untuk ke sekolah dan suruh belajar sebab minggu ni minggu periksa akhir tahun. Biasanya apabila maknya tiada anak-anak ni dengan sendirinya pandai berdikari. Tak payah nak bersuruh-suruh lagi. Ada juga yang minta belikan saguhati apabila outstation. Bila dah ambil tugas sebagai ibu ni barulah tahu betapa mencabarnya kerja menguruskan rumahtangga.
Betullah kata orang bahawa anda akan menghargai seseorang itu apabila ianya tiada di sisi.

Thursday, October 15, 2009

Puasa Syawal

Semalam sudah cukup 6 hari aku berpuasa sunat syawal. Sekiranya sesorang itu puasa penuh dalam bulan Ramadhan dan 6 hari dalam bulan syawal maka pahalanya seolah-olah berpuasa selama setahun. Alhamdulilah, semuga ibadahku diterima.
Hari ini bilik staffku mengadakan jamuan hari raya yang dibiayai oleh staf DH48 and yang nak pergi haji. Menunya boleh tahan sampai boleh makan untuk tengahari sekali.
Minggu lepas baru beli laptop Acer Rm1600 kat 101 Computer Centre ganti yang dah rosak dulu. Orang streamyx pun dah baikpulih talian dengan menggantikan modem baru dan wire kuning lain. Jadi boleh" surf" balik kat internet. Tip yang diberi untuk mencegah kerosakan dari kilat ialah sentiasa cabut wire putih ke telefon/modem bila nak tidur atau masa cuaca kurang baik(nak hujan)

Friday, September 11, 2009

Ramadan al-Mubarak

Sedar tak sedar dah masuk hari ke 21 berpuasa. Fasa ketiga puasa bermula dimana fasa terakhir ini terdapat satu malam yang istimewa iaitu lailatul qadar. Perlu memperbanyakkan ibadah, zikir, solat sunat, baca quran kerana ganjarannya bersamaan dengan seribu bulan.

Setakat ini aku dah masuk juz ke 25. Tekad untuk khatam dalam bulan puasa ini. Tadarrus bersama rakan surau dah lama khatam iaitu hari ke 12 ramadan lagi. Aku join malam saja, dia orang yang pencen buat malam dan lepas subuh. Sebab tu le cepat. Zakat fitrah dah bayar kepada Azhar semalam sebanyak RM 49 untuk tujuh orang.

Semalam berbuka dan bertarawih di Sek. al-Irsyad. Sekali-sekala seronok juga berbuka di luar. Setakat hari ini baru dua kali berbuka di luar. Satu tempat lagi selain Irsyad ialah di Permata Camar sempena Majlis Berbuka bersama anak-anak yatim yang di anjurkan oleh CEO proton Datuk Syed Najmudin. Sumbangan yang diberikan oleh pihak penganjur agak besar juga. Ia melibatkan penduduk miskin/kurang upaya yang berhampiran, anak-anak yatim, murid-murid sekolah disekitar yang memerlukan bantuan dan sebagainya.

Wednesday, August 26, 2009

Laptop


Laptop yang dibeli oleh isteriku 4-5 tahun yang lalu rosak disebabkan petir. Ketika itu plug kabel masih terpasang dan kabel internet/streamyx masih disambung. Setelah hantar laptop ke kedai komputer kawan, kemungkinan ia tidak dapat diselamatkan lagi atau kos baikpulih yang tinggi. Nampak gayanya kena beli laptop baru tapi persiapan menyambut syawal perlu dibuat juga. Bajet tu ada sebab dapat gaji baru memangku DH48 + tunggakan (gaji kasar bulan ini kurang lebih RM8000).

Saturday, August 08, 2009

Kemalangan

Hari Sabtu, anak sulung ada kelas tambahan di Sek. Irsyad. Hari ini selepas habis kelas, aku menjemputnya pulang dengan menaiki kereta kancil. Pada satu selekoh dekat surau/rumahku keretaku bertembung dengan lori simen. Bumber & bonet keretaku rosak. Nasib baik aku dan anakku tak apa-apa. Pemandu lori tersebut meminta maaf dan mengakui kesalahannya. Dia sanggup membayar kos membaiki kerosakan keretaku.

Kereta dihantar ke bengkel berdekatan di kg soi. Kos membaiki dianggarkan RM1200. Aku perlu juga mengecat semula kereta kancil tersebut supaya tidak ketara antara cat baru & lama. Kos tambahan untuk cat adalah RM800.

Walau bagaimanapun aku masih bersyukur kerana tiada sesiapa yang cedera dalam kemalangan tersebut. Wang ringgit boleh dicari tapi kesihatan dan nyawa tidak boleh dibeli. Sikap pemandu lori tersebut memang baik. Tiada pertengkaran atara kami dan kami dapat selesaikan masalah itu dengan baik.

Tuesday, July 07, 2009

DH48

Keputusan kenaikan pangkat telahpun diketahui. Alhamdulillah saya termasuk dalam mereka yang berjaya dan di tempatkan di POLISAS juga. Post yang tawarkan juga sebagai pensyarah PPPT DH48 dan ini memang apa yang aku mau( bukan sebagai KJ atau sbgnya). Lepas balik umrah tempat dudukpun dah bertukar. Naik balik ke floor atas(tingkat 1). Tiap-tiap tahun kena pindah( tempat duduk saja).
2005-EK,
2006-KK(bawah),
2007-EP,
2008-ketua potfolio(bawah) dan
2009-balik ke EK . Tapi tak pelah sebab tak kena tukar poli.

Monday, June 29, 2009

Umrah Tarbawi part 2

12 jun(jumaat)
Hari ini kami lakukan ziarah wida'(makam rasulullah) dan mula bertolak ke Mekah. Dalam perjalanan kami berihram di Bir Ali dan tiba di Mekah pada waktu asar. Selepas solat kami tawaf dan sae dan selesailah umrah kami yang pertama.

13 jun(sabtu)
Umrah 2

14 jun(ahad)
Ziarah 2- tempat lawatan muzdalifah, mina, jabal rahmah dan bermiqat di jaaranah untuk ibadah umrah yang ke-3.

15 jun(isnin)
umrah4. Balik dari masjid di ekori oleh 2 wanita peminta sedekah. Tanpa disedari walet telah di copek/curi. Wang RM2000 lebih serta dokumen penting lesap. Mungkinkah ini ujian atau kaffarah. Walau bagaimana pun perasaan sedih tidaklah terasa sangat. Redho dengan takdir dan ketentuan Allah s.w.t.

16 jun(selasa)

umrah5

17 jun(rabu)

ziarah ke muzium mekah, ladang unta dan hudaibiah. Cuma hari ini saja kami tidak melakukan ibadah umrah sepajang berada di Mekah kerana agak kepenatan.

18 jun (khamis)
umrah ke-6. Kali ini hanya pergi dengan Hafiz. Isteri uzur(syarie) manakala mek dan tok mek rehat cuma bawa untuk tawaf sahaja. Hari ini saya cukur kepala. Free saja sebab Hafiz(adik ipar) yang cukurkan. Kalu kat kedai kosnya SR10.

19 jun (jumaat)
7 pagi kami ke masjid untuk tawaf wida' dan bertolak ke Jeddah. Kami berdoa agar dapat kembali lagi ke bumi anbia ini pada masa akan datang. Insya Allah. Di jeddah kami bersolat di masjid Qisas yang mana ada tempat untuk hukuman Qisas bagi pesalah. Kami juga sempat mengelilingi bandar Jeddah dan makan di pantai laut merah berhampiran dengan masjid terapung.

Sunday, June 28, 2009

UMRAH TARBAWI

Pada 8-21 jun lalu saya ke Mekah untuk mengerjakan umrah anjuran unit amal, DPP Pahang yang di ketuai oleh ust. Rosli Jabar. Saya bersama isteri , mek, mek WR dan Hafiz menyertai rombongan yang berjumlah 48 orang termasuk penganjur & mutawif bertolak pada 8 jun pukul 4.20 petang di KLIA dengan menaiki Air Lankan.

Kami transit di Colombo dan menginap di hotel dan disebelah paginya sempat meronda dibandar berkenaan. Sempat juga beli savounir di kedai bandar ini. Waktu malam agak gelap kerana tiada lampu jalan disediakan. Walau bagaimanapun ramai juga penduduk keluar menunggu bas atau teksi dalam suasana kegelapan itu. Pos-pos tentera juga kelihatan disepanjang jalan yang kami lalui, mungkin untuk keselamatan kerana kesan Tamil Eelam masih belum habis.

Bersama mutawif(ust. Rosli, Ust. Khairul dan ust. Zaidi)



















Bersantai di pantai di Colombo


9 jun(selasa)

bertolak ke Jeddah dgn Air Lankan. Dari Jeddah ke Madinah kami menaiki bas yang mengambil masa selama 6 jam.

10 jun(rabu)

tiba di Madinah hampir waktu subuh. Driver tersalah hantar ke hotel yang namanya seakan sama (Wasel hotel). Sempat solat subuh berjamaah di Masjid Nabawi. Hotel kami berhampiran dengan masjid. Masuk masjid menggunakan pintu babul salam yang berhampiran dengan raudhah.
Pintu Babul Salam di Masjid Nabawi



















Raudhah










11 jun(khamis)
Ziarah sekitar madinah. Tempat lawatan adalah ladang kurma, masjid quba(solat) dan bukit Uhud. Di pasar kurma, kami beli buah kurma ajwa(nabi), buah zaitun, buah tin, zabit dan coklat.
Pada hari ini juga kami kehilangan kerusi roda yang ditinggalkan dekat tandas wanita dalam kawasan masjid Nabawi.
Pasar Kurma










Perkuburan Baqi'