Sekarang, rumahku dah ada streamyx. Daftar sebelum raya puasa(akhir sept) dapat servis pd awal nov setelah 3 kali pergi ke TMNET.
Pada 13 Nov pergi temuduga keenaikan pangkat PPPT DH48 di KPTM, Putrajaya. Proses temuduga macam sembang sahaja.Tak tau lah macammana, orang kata ini adalah 0ne-off. Kalau ada rezeki dapatlah, tapi kemungkinan kena pindah dan kena jadi KJ. Besar tanggungjawab tu.
Minggu ni dah start penyediaan kertas soalan pep. akhir. Yang rumitnya kena translate ke dalam BI. PPJ mungkin agak pening sedikit tapi sebab arahan, kena buat juga. Sebagai ketua PPJ JKE, aku tanggungjawab ini berat juga.
Selain itu aku juga dilantik sebagai pemantau PB di bhg JKA. Dah audit 2 pensyarah dan ada 4 pensyarah lagi perlu jumpa. Jumaat ni kena buat laporan.