Wednesday, August 27, 2008

Hilang?

Malam tadi terima wang kutipan surau dari Cikgu Razak. Setelah mengira, wang itu disimpan dalam almari. Tetapi pagi tadi isteri bagitau duit kutipan tersebut tidak mencukupi. Puas sudah aku cari tapi tidak ada.Hairan sungguh kerana aku dan cikgu Razak dah bilang/kira semalam. lepas tu aku pi main pingpong. Adakah aku tersilap letak atau anak kecil yang ambil? Pengajaran disini adalah aku mesti hati-hati/simpan di tempat yang selamat.

Hari ini aku hantar borang permohonan pemangkuan/kenaikan pangkat DH48. Yang masih sangkut ialah PTK3. Walaupun telah ulang bulan jul 08 lalu tapi result belum keluar lagi. Jadi masih pakai result lama jul 07-iaitu III,II(overall II). Buat masa ini pangkat bukanlah keutamaan dan rasanya masih belum berminat. Mengikut kiraan Thean, sekiranya naik pangkat gaji akan bertambah sebanyak RM840.00. Jumlahnya agak banyak juga tapi memandangkan beban kerja dan penempatan(ditukar?)menyebabkan aku kena fikir banyak kali.

Monday, August 04, 2008

Kursus OSH-CPCM

Hadir kursus CPCM-OSH di PSAA Tanjong Malim Perak 29 jul-1 Ogos 2008. Tumpang kereta Khamsan bersama dengan Azhar. Staff polisas seramai 8 org dari 20 peserta.
Hari ini puasa bulan syaaban-2 syaaban(Isnin)walaupun tidak sahur semalam.Hantar salinan IC & slip gaji untuk potongan Takaful(NUTP). Dapat surat untuk ishtihar harta. Kali terakhir buat perishtiharan harta ialah pada Ogos 2003.