Thursday, May 11, 2006

minggu 17



Minggu ini cuma kerja 3 hari saja kerana cuti hari hol dan cuti hari wesak. Minggu nilah juga kena pulun untuk menghabiskan silibus kerana minggu depan kena pergi seminar. Minggu selepas itu pula ada pula Hari Konvo, ini bermakna kelas kena tangguh lagi. Minggu 20 study week dan minggu 21 peperiksaan akhir.
Sekejap rasanya satu semester berlalu.

Tuesday, April 25, 2006

TUGAS BARU

Semenjak dilantik sbg kk, banyak yang telah dipelajari dan bertambah juga lah tugas baru.
Antaranya ialah:

1. Gotong royong memindahkan kerusi-meja
2. Menyemak dan menadatangan FRP staff
3. Handle Hari politeknik JKE
4. Pemurnian soalan pep.
5. Pemilihan Soalan PEP
6. Menemuduga untuk pengambilan staff JKE
7. Menyemak pendaftaran modul

Thursday, March 30, 2006

Audit ISO

Minggu ini proses audit dalaman ISO di jalankan.
Auditor dan auditee sibuk dengan tugas masing-masing. Untuk mengekalkan pengiktirafan yang telah diberi juga memerlukan banyak usaha dan masa. Mungkin dengan ini ia boleh meningkatkan kualiti untuk kecemerlangan organisasi.

Friday, March 24, 2006

Borang

minggu ini banyak benar borang-borang yang perlu diisi. Diantaranya ialah
1. Borang Keutuhan
2. borang markah LI
3. borang PB
4. borang inventori
5. borang penilaian peralatan
6. borang penilaian proses pengajaran
7. borang permohonan penyeliaan pelatih Kuitto
dll.
Nampaknya kehidupan sekarang ini kita tak boleh lari dari borang. Semuanya pakai borang.

Friday, March 17, 2006

Hot Day

Minggu ini cuaca agak panas, ditambah pula dengan jerebu.
Keadaan kesihatan pula menurun.Kadang-kadang emosi kita juga 'panas' bila berdepan dengan situasi yang tidak menyenangkan. Yang penting ialah kita harus banyak bersabar.

Komunikasi yang baik amat penting tak kira dimana jua sekalipun. Kesilapan
perbuatan atau pertuturan boleh menyebabkan kekeruhan sesama kita. Selalulah
kita bersangka baik dan berlapang dada dalam banyak keadaan.Jadikan apa yang berlaku
itu sebagai satu peringatan untuk kita muhasabah diri.

Friday, March 10, 2006

Naik Pangkat

Banyak perkara yang berlaku minggu ini.
Tapi yang paling menggembirakan ialah
kenaikan pangkat. Syukur kehadrat Illahi kerana
telah memberi begitu banyak nikmat kepada hamba
Mu ini.

Friday, March 03, 2006


ain nadiah
inilah gambar anak kedua semasa berumur 6 tahun Posted by Picasa

Thursday, March 02, 2006

Hari Pertama

Hari ini , aku cuba buat blog ini, Saja je nak try