Monday, April 13, 2015


Abdullah semasa berusia 9 bulan. Sekarang dah 11 tahun

Monday, November 21, 2011

Ihtifal Al-Irsyad 2011

19 Dis 2011,
Pergi ke Majlis Ihtifal sekolah Islam al-Irsyad. Tiga orang anak belajar disitu iaitu Ainul Athirah(tahun 5), Izzati Hani(tahun 3) dan Abdullah Afif(tahun 1). Ainul Athirah menyertai pembarisan Kadet TKRSM manakala Izzati Hani dapat anugerah pelajar berpotensi( purata peratus melebihi 85%). Tahniah kepada semua pelajar cemerlang semuga bertambah baik lagi di tahun-tahun hadapan.

Wednesday, April 20, 2011

Bob Lokman

Malam tadi pergi surau PAKR(al-Islah) dengar tazkirah dari ex-pelakon bob Lokman. Diceritakan bagaimana beliau berhijrah dari bidang lakonan kepada pendakwah. Dulunya bekerja untuk dunia sahaja. Dari tazkirahnya dapatlah memberi peringatan kepada kita tentang matlamat kita yang sebenarnya. Antara peringatan tersebut adalah:

1. Perbetulkan niat kita dalam segala urusan. Niat kerana Allah
2. menerangkan maksud "Jagalah diri kamu, anak-isteri kamu dari api neraka".
3. Islam itu syumul. Ia merangkumi segenap perkara. Jadi amalkan islam itu dalam kehidupan kita.
4. Hargailah nikmat iman yang diberi oleh Allah.

Thursday, April 14, 2011

2011

Tahun 2011 ni ahli rumah dah berkurang jadi 5 orang. Dua anak dah masuk asrama Maahad Muhammadi Kota Bharu. Rasa sedikit sunyi terutamanya waktu malam sebab anak-anak cepat tidur. Kadang-kadang tu belum pukul 9 mlm pun dah tidur. Mungkin penat.
Anak bongsu dah masuk darjah satu di Sekolah Irsyad. Bangun pagi tak ada masalah sangat. Pagi-pagi sebelum pukul 7.05 kena bertolak ke sekolah dan terus pergi kerja. Jarak perjalanan pagi boleh tahan juga iaitu lebih kurang 35 km. Mula-mula tu rasa penat dan makan masa lama tapi bila dah biasa rasa okay je.

Tuesday, August 17, 2010

Ramadan

Hari ni dah masuk hari ke 8 berpuasa. Semalam rasa agak penat sangat. Pagi kepala pening dan rasa berpusing. Solat subuh rasa macam nak tumbang. Dah dekat 2 minggu dah aku rasa pening macam ni terutama pada waktu pagi(bangun tidur) dan masa baring nak tidur(malam). Belum jumpa doktor lagi.
Bulan Ramadhan tahun ni amalan agak merosot sikit baru 2 kali join tadarrus. Mungkin sibuk tentang rumah yang tengah diubahsuai. Kerja-kerja pendawaian aku buat sendiri. Banyak lagi yang tak siap. Lampu dan kipas dah hampir siap cuma perlu sambung ke kotak pengagihan saja.

Monday, August 16, 2010

Renovate Rumah

Dah lebih 3 bulan rumahku dalam proses ubahsuai. Kos setakat ini mencecah RM90K. Pinjaman peribadi dari BSN hanya sebanyak RM70K. Isteri membantu dengan wang KWSP yang baru dikeluarkan. Anggaran kasar kos adalah RM110K. Tak sangka boleh mencapai angka tersebut. Anggaran asal cuma RM80-90 ribu sahaja.
Yang belum siap lagi adalah pintu utama, jeriji. pintu pagar, wiring dan kabinet dapur. Kos yang tersebut memerlukan kos yang tinggi juga. Dijangka dapat duduk sebelum raya. Insya Allah. Sekarang ni pun dah mula berbuka dan bersahur dirumah tersebut. Tidur masih lagi dirumah sewa (bulan ni masuk bulan ke 2 menyewa).

Wednesday, June 02, 2010

Bandung

7-9 mei 2010
Lawatan ke Bandung & Jakarta, Indonesia bersama Cikgu-cikgu sekolah Jerantut.
Misi: Jalan-jalan & shopping

6 mei 2010
8 pm: Bertolak dengan Toyota Unser selepas solat maghrib ke Jerantut. Bas rombongan akan bertolak dari Jerantut ke KLIA pukul 12 malam. Bt 10 kuantan, kereta mengalami kepanasan (jarum suhu cecah max. and middle berselang-selang). Balik semula ke rumah dan pinjam kereta ustaz Badrul(unser juga).
9.30 pm : bertolak semula ke Jerantut menggunakan lebuhraya.
12.30 pm: sampai ke Jerantut dan tinggalkan anak-anak di quarters guru(ucu&uncle) dijaga oleh opah & suami

7 mei 2010
1.20 am: Bas sudah menunggu kami dari pukul 12 lagi bersama rombongan. Kami mohon kemaafan di atas kelewatan tersebut. Bertolak ke KLIA dan sampai jam 5.00 am.

Penerbangan kami berlepas ke Jakarta menaiki Air Asia. Dari Jakarta kami menaiki bas Ke Bandung yang memakan masa selama 3-4 jam. Kami makan tengahari di restoran terbuka yang menyajikan masakan ikan sungai, sayur dan telur. Yang peliknya makanan tersebut tidak berkuah.

Dalam perjalanan kami singgah solat di musolla yang berdinding cermin. Segala aktiviti didalam nampak jelas dari luar. Pintu bilik airnya hanya menutup tahap lutut hingga dada. Tapi yang uniknya setiap tempat parkir di sini di jaga oleh pengawal.

Di Bandung kami sempat membeli-belah di Pusat Beli-belah Pasar Baru, Rumah Mode, Kedai Kek Kartika, dan lain-lain.